Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

GE Aviation lancar teknologi baru dalam sektor aeroangkasa

Singapura akan memperkukuhkan kedudukannya sebagai hab aeroangkasa bagi kegiatan pengilangan dan penyenggaraan serta pembaikan dan operasi (MRO).

Anggaran Waktu Membaca:
GE Aviation lancar teknologi baru dalam sektor aeroangkasa

Sebuah pesawat dipetik semasa menuju ke Lapangan Terbang Changi pada 10 Sep 2021. (Gambar: Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Singapura akan memperkukuhkan kedudukannya sebagai hab aeroangkasa bagi kegiatan pengilangan dan penyenggaraan serta pembaikan dan operasi (MRO).

Itulah matlamat kemudahan MRO milik syarikat GE Aviation di negara ini.

Kemudahan itu adalah yang pertama di dunia untuk memanfaatkan teknologi pencetakan tiga dimensi yang baru untuk memperbaiki komponen enjin pesawat.

Syarikat pembekal enjin pesawat itu sedang melakukan persiapan sedang sektor penerbangan menjalani pemulihan berikutan pandemik COVID-19.

Dengan teknologi baru itu, jumlah bahagian enjin yang dapat diperbaiki setiap hari akan naik seganda.

Teknologi itu dihasilkan secara bersama oleh sekumpulan jurutera tempatan.

Menurut GE Aviation, langkah tersebut akan membantu mewujudkan lebih 300 pekerjaan baru pada tahun depan.

Berucap di acara sempena meraikan ulang tahun ke-40 GE Aviation di Singapura, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong menarik perhatian kepada tanda-tanda pemulihan dalam industri aeroangkasa.

Pemerintah akan terus bekerjasama dengan sektor itu untuk membangunkan bakat dan keupayaannya.

Antaranya termasuk memanfaatkan data raya dan khidmat digital untuk membantu syarikat-syarikat penerbangan mengendalikan operasi masing-masing dengan lebih berkesan.

"Kedua, kami boleh memanfaatkan teknologi autonomi dan komunikasi lanjutan untuk mengurangkan kos operasi dan membolehkan para juruterbang membuat keputusan dengan lebih baik dan mempertingkatkan tahap keselamatan.

"Ketiga, kami juga boleh menggabungkan kemampanan dalam rancangan kami dan meneroka teknologi seperti bahan api penerbangan yang mampan dan pendorong elektrik untuk mengurangkan kesan alam sekitar terhadap sektor penerbangan." kata Encik Gan. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan