Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

GDP suku ketiga Singapura tumbuh lebih perlahan 6.5%: Anggaran awal

 Ekonomi Singapura tumbuh pada rentak lebih perlahan sebanyak 6.5 peratus bagi suku ketiga tahun ini  berbanding tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
GDP suku ketiga Singapura tumbuh lebih perlahan 6.5%: Anggaran awal

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 09:44AM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 09:46AM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh pada rentak lebih perlahan sebanyak 6.5 peratus bagi suku ketiga tahun ini berbanding tahun lalu.

Demikian menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Khamis (14 Okt).

Perangkaan itu lebih rendah berbanding pertumbuhan yang dicatat pada suku kedua sebanyak 15.2 peratus berbanding setahun lalu.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tumbuh sebanyak 0.8 peratus pada suku ketiga selepas menguncup 1.4 peratus dalam tiga bulan sebelumnya.

Sektor perkilangan tumbuh 7.5 peratus pada suku ketiga dari kenaikan 18 peratus, pada suku kedua.

Pertumbuhan didorong pertumbuhan dalam semua kelompok terutamanya dalam elektronik dan kejuruteraan jitu yang terus mencatat pertumbuhan kukuh dipacu permintaan global bagi semikonduktor dan peralatan semikonduktor.

Sektor binaan tumbuh 57.9 peratus pada suku ketiga, lebih perlahan berbanding pertumbuhan 117.5 peratus pada suku kedua.

Menurut MTI ini adalah kerana perangkaan lebih rendah pada tempoh sama setahun lalu semasa Singapura melalui tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Perusahaan pengeluaran perkhidmatan tumbuh 5.5 peratus dengan sektor dagangan borong dan runcit serta pengangkutan dan penyimpanan meningkat 5 peratus dari kenaikan 8.5 peratus pada suku sebelumnya.

Sedang sektor dagangan borong naik disebabkan permintaan luaran yang meningkat, pertumbuhan dalam pengangkutan dan penyimpanan disebabkan perangkaan lebih rendah tahun lalu berikutan sekatan sempadan ketat yang menjejas segmen pengangkutan udara.

Ekonomi Singapura diramal pulih tahun ini selepas menguncup 5.4 peratus tahun lalu iaitu kemelesetan paling buruk sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

Unjuran rasmi ekonomi bagi 2021 yang disemak pada Ogos adalah antara 6 peratus hingga 7 peratus berikutan prestasi lebih baik dicatatkan pada separuh pertama tahun ini. 

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan