Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

GDP S’pura tumbuh 2.2% pada suku keempat, gagal tepati sasaran

Ekonomi Singapura tumbuh 2.2 peratus pada tiga bulan terakhir 2018, rendah sedikit berbanding suku sebelumnya dan gagal menepati ramalan para pakar ekonomi, menurut unjuran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Rabu (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jan 2019 08:49AM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 10:11PM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh 2.2 peratus pada tiga bulan terakhir 2018, rendah sedikit berbanding suku sebelumnya dan gagal menepati ramalan para pakar ekonomi, menurut unjuran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Rabu (2 Jan).

Unjuran awal suku keempat, yang sebahagian besarnya dikira berdasarkan data yang dikumpul pada dua bulan pertama suku itu, rendah sedikit berbanding jangkaan pasaran iaitu 2.3 peratus. Ia juga rendah sedikit berbanding pertumbuhan 2.3 peratus yang dicatat pada suku sebelumya.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, hasil dalam negeri kasar (GDP) Singapura tumbuh pada rentak yang lebih perlahan iaitu 1.6 peratus, lebih rendah berbanding ramalan pasaran iaitu 3.2 peratus dan merosot dari pertumbuhan 3.5 peratus yang dicatatkan dalam suku ketiga.

Perangkaan itu dikeluarkan dua hari selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata dalam Amanat Tahun Barunya bahawa ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan stabil iaitu 3.3 peratus pada tahun lalu, hampir sama dengan pertumbuhan 3.6 peratus pada tahun 2017 dan melepasi jangkaan.

Pada 2019, GDP diramal tumbuh antara 1.5 hingga 3.5 peratus, tambah PM Lee. Namun, beliau memberi amaran tentang keadaan ekonomi sejagat yang tidak menentu di tengah-tengah konflik perdagangan yang kian memuncak, sedang pasaran kewangan menunjukkan tanda-tanda kurang stabil dan pertumbuhan ekonomi pula diramal lebih perlahan. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan