Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

GDP S'pura diramalkan menguncup 5.8% pada 2020: Tinjauan MAS

Ekonomi Singapura dijangka menguncup 5.8 peratus tahun ini, menurut para pakar ekonomi dan penganalisis dalam satu tinjauan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang dikeluarkan pada Isnin (15 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jun 2020 11:06AM Dikemas Kini : 15 Jun 2020 11:00PM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura dijangka menguncup 5.8 peratus tahun ini, menurut para pakar ekonomi dan penganalisis dalam satu tinjauan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang dikeluarkan pada Isnin (15 Jun).

Unjuran itu dibuat setelah para pakar ekonomi meramalkan pertumbuhan 0.6 peratus dalam tinjauan sebelum ini.

Ramalan itu dibuat sedang para pengamat menyatakan penularan pantas pandemik COVID-19 menimbulkan risiko utama kemerosotan ekonomi Singapura di masa akan datang.

Negara itu menjangkakan kemelesetan ekonominya yang paling buruk sedang pihak berkuasa bulan lalu mengurangkan ramalan pertumbuhan bagi 2020 sekali lagi, kepada antara -4 dengan -7 peratus.

Para pakar ekonomi yang ditinjau bersikap pesimistik tentang prospek pada 2020 bagi sektor-sektor yang sudahpun terjejas akibat pandemik global tersebut, termasuk perdagangan borong dan runcit, penginapan serta khidmat makanan dan perbelanjaan pengguna.

Mereka meramalkan sektor penginapan dan khidmat makanan akan menguncup 26 peratus tahun ini, jauh lebih besar daripada penguncupan 1.6 peratus yang diunjurkan sebelum ini.

Ramalan juga diturunkan bagi sektor borong dan perdagangan runcit yang dijangka merosot 12.8 peratus berbanding penguncupan 0.7 peratus yang diramalkan sebelum ini.

Para pengamat juga meramalkan kemerosotan 11.4 peratus bagi sektor binaan, berbanding pertumbuhan 2.4 peratus yang diramalkan dalam tinjauan sebelum ini.

Perbelanjaan pengguna dijangka menguncup 5.2 peratus berbanding pertumbuhan 1.9 peratus yang diramalkan sebelum ini.

Eksport domestik bukan minyak tidak dijangka tumbuh tahun ini.

Namun para pakar ekonomi meramalkan prestasi lebih baik sedikit dalam bidang-bidang lain.

Sektor perkilangan kini dijangka tumbuh 2.2 peratus pada 2020 berbanding penguncupan 0.3 peratus yang diramalkan dalam tinjauan sebelum ini.

Sektor kewangan dan insurans dijangka mencatat pertumbuhan 3.1 peratus, berbanding ramalam pertumbuhan 2.6 peratus sebelum ini.

Peningkatan penularan COVID-19 terus dianggap sebagai risiko utama yang akan menjejas prospek pertumbuhan Singapura.

Ketegangan dan risiko perdagangan yang meningkat akibat kelemahan pasaran buruh termasuk kadar pengangguran meningkat juga dikenalpasti menimbulkan keprihatinan.

Pertumbuhan GDP Singapura dijangka meningkat kepada 4.8 peratus secara keseluruhan pada 2021. Secara purata para responden meramalkan bahawa ekonomi kemungkinan besar akan tumbuhan sekurang-kurangnya 4 peratus tahun depan. 

Sumber : CNA/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan