Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

GDP S'pura diramal tumbuh 3.2%

Pakar ekonomi sektor privet meramalkan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi tahun ini, menurut tinjauan suku tahunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2018 03:11PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 10:11PM

SINGAPURA: Pakar ekonomi sektor privet meramalkan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi tahun ini, menurut tinjauan suku tahunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini (14 Mac).

Ekonomi Singapura pada 2018 diramal tumbuh 3.2 peratus, menurut 24 pakar ekonomi dan para penganalisis yang ditinjau. Ini merupakan satu peningkatan berbanding 3 peratus yang diramalkan Disember lalu.

Bagi tahun depan, Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura dijangka meningkat 2.8 peratus.

Ini selepas perangkaan rasmi bulan lalu menunjukkan bahawa ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan yang lebih pantas daripada yang dijangkakan iaitu 3.6 peratus pada 2017 dan suku terakhir tahun tersebut. Ramalan rasmi juga mengunjurkan pertumbuhan lebih tinggi bagi 2018.

Sejak tinjauan terakhir pada Disember lalu, para responden sudahpun menaikkan ramalan bagi sebahagian besar penunjuk ekonomi bagi 2018, termasuk kewangan dan insurans, perdagangan borong dan runcit, penginapan dan khidmat makanan serta penggunaan privet. 

Penunjuk yang sama ada tidak berganjak atau diramal merosot dalam unjuran tersebut adalah pengilangan, binaan dan eksport domestik bukan minyak.

Hampir separuh responden menyifatkan prestasi luar biasa dalam sektor elektronik sebagai penyumbang utama yang berpotensi mencergaskan ekonomi.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan