Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Garuda batal tempahan 49 Boeing 737 MAX 8 lepas siri nahas

Syarikat penerbangan Indonesia, Garuda membatalkan tempahan 49 buah pesawat Boeing 737 Max 8 yang kesemuanya bernilai berbilion dolar, menyusuli dua nahas yang melibatkan pesawat model itu. Pengumuman pada Jumaat (22 Mac) itu dianggap pembatalan rasmi pertama bagi tempahan model pesawat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Mar 2019 12:51PM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 10:45PM

JAKARTA: Syarikat penerbangan Indonesia, Garuda membatalkan tempahan 49 buah pesawat Boeing 737 Max 8 yang kesemuanya bernilai berbilion dolar, menyusuli dua nahas yang melibatkan pesawat model itu. Demikian didedahkan Garuda pada Jumaat (22 Mac), dalam satu pengumuman yang dianggap pembatalan rasmi pertama bagi tempahan model pesawat itu.

"Kami sudah menghantar surat kepada Boeing meminta agar tempahan dibatalkan," kongsi jurucakap Garuda Ikhsan Rosan.

Para penumpang Garuda di Indonesia "sudah hilang kepercayaan dan tidak lagi yakin" terhadap pesawat itu, kata beliau, yang turut berkata syarikat penerbangan itu sedang menantikan respons daripada Boeing.

Encik Ikhsan mendedahkan bahawa sebelum ini Garuda sudahpun menerima satu pesawat 737 MAX 8, sebahagian daripada 50 yang ditempah pada harga AS$4.9 bilion (S$6.6 bilion) semasa ia diumumkan pada 2014.

Garuda juga sedang berbincang dengan Boeing sama ada atau tidak untuk mengembalikan pesawat tersebut.

Syarikat penerbangan itu sejauh ini sudah membayar Boeing sekitar AS$26 juta. Ketua syarikat itu memberitahu saluran berita Detik di Indonesia bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menukar kepada model terbaru pesawat itu.

"Secara prinsip, bukan kita mahu gantikan Boeing, namun mungkin kita akan gantikan (pesawat ini) dengan model lain," pegarah Garuda Indonesia I Gusti Ngurah Askhara Danadiputra memberitahu Detik.

Syarikat penerbangan Indonesia, Lion Air, sebelum ini mengumumkan ia akan menunda penghantaran empat pesawat baru Boeing 737 MAX 8 selepas model pesawat yang sama dari syarikat Ethiopian Airlines terhempas beberapa minit selepas berlepas ke Nairobi, membunuh 157 penumpang dan anak kapal.

Nahas itu menyusuli satu lagi nahas pada Oktober di mana jet Lion Air model yang sama terhempas, meragut 189 nyawa.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan