Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Garis panduan baru tingkatkan proses beli-belah dalam talian

Pengguna tidak lama lagi boleh menjangkakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih baik dari para peniaga e-dagang.

Anggaran Waktu Membaca:
Garis panduan baru tingkatkan proses beli-belah dalam talian

(Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)

Diterbitkan : 12 Jun 2020 08:31PM Dikemas Kini : 12 Jun 2020 08:36PM

SINGAPURA: Pengguna tidak lama lagi boleh menjangkakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih baik dari para peniaga e-dagang.

Satu set garis panduan diperkenalkan bagi membantu peruncit meningkatkan keseluruhan proses e-dagang.

Garis panduan tersebut merangkumi perincian seperti melayari, pemilihan pembelian, pembayaran dan penghantaran barang.

Dasar-dasar pulangan dan pertukaran barangan juga mesti ditentukan dengan jelas.

Bagi para peniaga e-dagang, ini bermakna mereka harus sertakan perincian mengenai jaminan produk, cukai dan bayaran tambahan untuk pilihan pembayaran yang berbeza.

Garis panduan tersebut dilancarkan bersama oleh Enterprise Singapore dan pelbagai pemain industri.

Agensi tersebut mengatakan ia bertujuan meningkatkan keyakinan pengguna dan memacu pertumbuhan e-dagang.

Sumber : CNA/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan