Images
  • d (2)
    Encik Robert A. Iger. (Gambar: Reuters/Danny Moloshok)

Ganjaran saham CEO Disney setinggi AS$149.6 juta pada 2018

REUTERS: Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Walt Disney Robert Iger meraih pemberian saham bernilai sebanyak AS$149.6 juta (S$202 juta), termasuk ganjaran berkaitan pembelian aset filem dan televisyen oleh Disney daripada Twenty-First Century Fox, menurut satu pemfailan kawal selia pada Jumaat.

Syarikat media dan hiburan itu melaporkan bahawa bayaran yang diterima Encik Iger meningkat 80.9 peratus kepada AS$65.6 bilion (S$88.8 bilion) tidak termasuk ganjaran berdasarkan perjanjian Fox.

Bulan lalu, Encik Iger bersetuju dengan beberapa penyesuaian ke atas pakej bayarannya, yang mengaitkan gaji yang diterimanya dengan prestasi syarikat itu sedang perjanjian itu hampir selesai.

Disney mendapat kecaman yang jarang diterimanya daripada para pemegang saham tahun lalu apabila majoriti 52 peratus daripada mereka tidak bersetuju dengan bayaran untuk Encik Iger dan para eksekutif lain dalam satu undian yang tidak terikat dengan undang-undang.

Pemfailan yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan bahawa bayaran untuk Encik Iger bernilai AS$65.6 juta (S$89 juta) bagi 2018 termasuk AS$35.4 juta (S$48 juta) dalam bentuk ganjaran saham. Jumlah ganjaran saham itu meningkat kepada AS$149.6 juta (S$202.4 juta), apabila mengambil kira pembelian yang terlaksana dan prestasi terbaik yang dicapai, menurut Disney.

- Reuters/NA/na

Top