G20 bakal meterai perjanjian cukai lebih adil ke atas syarikat MNC
Para menteri kewangan G20 dijangka akan memeterai satu perjanjian bersejarah untuk mengenakan cukai lebih adil terhadap syarikat-syarikat berbilang negara (MNC).
VENICE: Para menteri kewangan G20 dijangka akan memeterai satu perjanjian bersejarah untuk mengenakan cukai lebih adil terhadap syarikat-syarikat berbilang negara (MNC).
Ia bakal menetapkan kadar minimum bagi cukai syarikat, iaitu sebanyak 15 peratus, seperti yang dipersetujui 131 negara pada awal bulan ini dan mungkin berkuat kuasa menjelang 2023.
Langkah itu bermatlamat untuk mengatasi masalah cukai syarikat yang terlalu rendah semata-mata untuk menarik pelaburan, sehinggakan banyak syarikat berbilang negara membayar cukai yang tidak munasabah.
Perjanjian itu dijangka akan dimuktamadkan menjelang sidang puncak pemimpin-pemimpin G20 di Rome pada Oktober ini.
Cukai minimum tersebut dijangka akan menjejas kurang daripada 10,000 syarikat MNC dengan pendapatan tahunan melebihi 750 juta euro.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.