Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

FTA ASEAN-Hong Kong mungkin berkuat kuasa tahun ini

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Hong Kong kini di fasa akhir dan dijangka berkuat kuasa pada 2019, demikian menurut agensi berita Vietnam memetik Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
FTA ASEAN-Hong Kong mungkin berkuat kuasa tahun ini

Gambar fail bendera ASEAN dan bendera negara-negara anggota ASEAN. (Gambar: Remeo Gacad/AFP)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 08:09PM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 08:12PM

HANOI: Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Hong Kong kini di fasa akhir dan dijangka berkuat kuasa pada 2019, demikian menurut agensi berita Vietnam memetik Xinhua.

Ketua pengarah Pejabat Perdagangan dan Ekonomi Hong Kong di Jakarta, Law Kin-wai pada 12 Feb berkata, anggota ASEAN sedang menjalankan prosedur diperlukan untuk membuka laluan membolehkan FTA itu dikuatkuasakan.

Wakil anggota ASEAN dan wilayah pentadbiran khas China menandatangani perjanjian itu pada November 2017.

Encik Law berkata kedua-dua pihak mahu FTA dikuatkuasakan pada 2019 dan mungkin pertengahan tahun. 

Kesepakatan itu mengandungi lebih banyak perkara berkaitan undang-undang dan memudahkan akses pasaran barangan antara ASEAN dan Hong Kong.

Di bawah perjanjian perdagangan itu, Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand bersetuju mengurangkan duti kastam sebanyak 85 peratus ke atas barangan yang disenaraikan dalam jadual tarif untuk tempoh 10 tahun.

ASEAN merupakan sebuah pertubuhan serantau yang terdiri 10 negara anggota iaitu Singapura, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Sumber : Bernama/DY/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan