Fosun Fashion Group dijenama semula sebagai Lanvin
Fosun Fashion Group dari China menyatakan pada Isnin (11 Okt) bahawa ia akan menukar namanya menjadi Lanvin Group, sekali gus memanfaatkan reputasi salah satu labelnya, sedang ia berusaha untuk membina portfolio global jenama mewah.
MILAN: Fosun Fashion Group dari China menyatakan pada Isnin (11 Okt) bahawa ia akan menukar namanya menjadi Lanvin Group, sekali gus memanfaatkan reputasi salah satu labelnya, sedang ia berusaha untuk membina portfolio global jenama mewah.
Di samping label busana anggun Lanvin, Fosun Fashion Group juga menguasai jenama pembuat kasut mewah Itali Sergio Rossi dan jenama tukang jahit mewah Caruso, jenama pakaian dalam Wolford dan jenama pakaian wanita Amerika Syarikat, St. John Knits.
Fosun Fashion Group turut mendedahkan bahawa ia akan terus meneroka peluang untuk melabur dalam jenama fesyen mewah bagi mempercepatkan lagi pertumbuhannya.
Para pembeli-belah dari China adalah pembeli barang mewah terbesar di dunia dan China juga mempunyai syarikat-syarikat fesyennya sendiri. Sungguhpun demikian syarikat-syarikat dari China, termasuk syarikat-syarikat yang membeli label-label Eropah yang terkenal, mengalami kesulitan untuk menembusi pasaran-pasaran Barat.
Fosun Fashion Group, yang dibangunkan oleh konglomerat China, Fosun International Limited pada tahun 2017, turut mendedahkan bahawa ia mempunyai dua pelabur strategik iaitu konglomerat Jepun, ITOCHU Corporation dan pengeluar kasut mewah Stella International.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.