Images
  • beconnect

Firma sektor sekitaran terbina meterai MoU bernilai hampir S$30 juta

SINGAPURA: Syarikat-syarikat dalam sektor sekitaran terbina sedang menebarkan sayap ke rantau Asia.

Lebih 16 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan nilai dianggarkan hampir S$30 juta bertukar tangan hari ini (5 Sep) di sesi menjalin rangkaian bagi pemain industri. Ia sebahagian daripada Minggu Sekitaran Buatan Antarabangsa yang dianjurkan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).

Syarikat Singapura GWS Living baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan sebuah firma dari China bagi menyediakan bumbung yang mesra alam, sesuatu yang buat masa ini tidak didapati di China.

Perjanjian itu adalah salah satu daripada 16 MoU yang bertukar tangan di BE Connect, sebuah acara yang membantu lebih banyak syarikat menjalin rangkaian dan menceburi pasaran luar.

Bercakap di acara tersebut, Menteri Kedua Pembangunan Negara Desmond Lee berkata ia merupakan satu peluang untuk mempamerkan huraian-huraian bagi masalah perbandaran dan menjadi platform penghubung antara keperluan perniagaan di rantau ini dengan penyedia huraian di Singapura.

Dengan menyokong sesi jalin rangkaian seperti BE Connect, BCA berharap untuk melihat lebih banyak kerjasama serantau dan landskap yang berdaya tahan.

Minggu Sekitaran Buatan Antarabangsa akan diteruskan sehingga Jumaat (6 Sep).  

- CNA/NF/fz

Top