Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Firma S'pura boleh manfaatkan peluang pertumbuhan India: Vivian Balakrishnan

Syarikat-syarikat Singapura boleh memanfaatkan pertumbuhan ekonomi India dengan menyumbangkan kepakaran dalam bidang-bidang seperti perancangan prasarana atau huraian digital.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Sep 2019 08:34PM Dikemas Kini : 09 Sep 2019 11:43PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat Singapura boleh memanfaatkan pertumbuhan ekonomi India dengan menyumbangkan kepakaran dalam bidang-bidang seperti perancangan prasarana atau huraian digital.

Berucap pada hari pertama sidang puncak perniagaan dan inovasi India-Singapura, Menteri Luar Vivian Balakrishnan berkata Singapura juga merupakan gerbang untuk syarikat-syarikat India meneroka pasaran rantau ini.

India menetapkan sasaran untuk menjadi sebuah ekonomi dengan nilai AS$5 trilion (S$6.8 trilion) dalam masa lima tahun akan datang.

Sepanjang tempoh tersebut, India akan melabur AS$14 bilion (S$19 bilion) dalam bidang prasarana bandar. Dr Balakrishnan berkata ini merupakan peluang besar bagi Singapura dan syarikat-syarikat tempatan.

"Kami percaya bahawa Singapura, sebuah negara kecil, mengalu-alukan dan mengenali perniagaan, pelancong dan pelawat dari India.

"Kami percaya kami merupakan rakan kongsi semula jadi sedang India melalui proses perbandaran. Kepakaran kami dalam pembangunan dan perancangan bandar serta prasarana kewangan akan memberi manfaat kepada India," jelas Dr Balakrishnan.

Baru-baru ini juga, India menyifatkan pemuliharaan air sebagai keutamaannya dan Singapura mempunyai kepakaran dalam bidang itu. Malah, Dr Balakrishnan berkata Singapura amat memahami betapa pentingnya air. 

Sumber : CNA/UR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan