Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Firma binaan masih sukar bawa masuk pekerja asing walau sekatan dilonggarkan

Firma-firma dalam sektor binaan menghadapi kesulitan untuk membawa masuk para pekerja asing ke Singapura walaupun sekatan kemasukan ke negara ini sudah dilonggarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Firma binaan masih sukar bawa masuk pekerja asing walau sekatan dilonggarkan

Tempat pemegang dan tanda-tanda memisahkan zon pekerjaan berbeza di tapak binaan di Sembawang. (Gambar: Cheryl Lin)

Diterbitkan : 28 Feb 2021 09:05PM Dikemas Kini : 28 Feb 2021 11:55PM

SINGAPURA: Firma-firma dalam sektor binaan menghadapi kesulitan untuk membawa masuk para pekerja asing ke Singapura walaupun sekatan kemasukan ke negara ini sudah dilonggarkan.

Persatuan industri itu menganggarkan sekitar 20 peratus pekerja asing meninggalkan Singapura sejak pandemik COVID-19 bermula.

Ini menyebabkan projek-projek tergendala sehingga setahun, lantas menjejas pendapatan.

Syarikat Straits Construction, misalnya, kehilangan sekitar 350 pekerja binaannya dalam masa setahun lalu. Kebanyakan mereka pulang ke negara masing-masing.

Namun, ia baru dapat membawa masuk hanya tujuh pekerja asing untuk sebagai ganti sejak Singapura melonggarkan sekatan kemasukan para pekerja asing pada Disember lalu.

Persatuan Kontraktor Singapura menyatakan banyak kontraktor berusaha mendapatkan kelulusan untuk membawa masuk para pekerja asing namun berulang kali ditolak.

Di samping itu, semakin sukar untuk mengekalkan pekerja asing yang ada kerana sesetengah syarikat lain cuba memancing mereka. Ini menyebabkan gaji meningkat ketika harga bahan-bahan mentah turut naik sebanyak 30 peratus.

Maka itu, sungguhpun permintaan dalam sektor binaan dijangka meningkat sehingga S$28 bilion tahun ini, masa depan firma-firmanya nampak suram.

Bagi mengatasi keadaan itu, Persatuan Kontraktor Ubah Elok dan Pembekal Bahan menubuhkan sebuah akademi bagi menyediakan kursus dan pensijilan.

Dengan cara ini, ia merancang untuk membina rangkaian pekerja yang bertauliah bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan