Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Firma akur Rancangan Perubahan Industri bantu tingkatkan latihan kakitangan, tambah penghasilan

Syarikat-syarikat akur ITM sudah membantu meningkatkan latihan kakitangan dan menambah penghasilan.

Anggaran Waktu Membaca:
Firma akur Rancangan Perubahan Industri bantu tingkatkan latihan kakitangan, tambah penghasilan

Latar langit kawasan perniagaan di Singapura. (Foto: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 26 Dec 2017 05:26PM Dikemas Kini : 26 Dec 2017 05:29PM

SINGAPURA: Beberapa Rancangan Perubahan Industri (ITM) dilancarkan tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha pemerintah untuk mengekalkan pertumbuhan sambil meningkatkan daya saing perusahaan-perusahaan tempatan.

Syarikat-syarikat akur ITM sudah membantu meningkatkan latihan kakitangan dan menambah penghasilan.

Namun ada yang menyarankan agar program tersebut boleh dipertingkat bagi menyiapkan golongan muda menghadapi perubahan pesat dalam beberapa industri.

Kakitangan firma Bollore Logistics, tidak lagi menggunakan proses manual dalam tugasan mereka, sebaliknya mesin-mesin yang membantu menambah nilai skop pekerjaan mereka.

Ini dilakukan di bawah program ITM industri logistiks yang dilancarkan November tahun lalu.

Perubahan itu dijangka menambah nilai $8.3 bilion kepada sektor tersebut dan mewujudkan 2,000 pekerjaan bagi golongan PMET menjelang 2020.

Di bawah program tersebut, pemerintah akan bekerjasama rapat dengan firma-firma dalam penggunaan teknologi yang membantu mereka meningkatkan daya penghasilan.

Bagaimanapun firma tersebut berharap untuk bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk membangunkan program-program yang sesuai dengan keperluan industri masa depan.

Sentimen yang sama disuarakan oleh sektor kewangan. Bank-bank berharap lebih banyak boleh dilakukan untuk menyiapkan bakat muda yang ingin menceburi sektor tersebut.

Badan-badan pemerintah, institusi pengajian tinggi serta bank-bank perlu berganding bahu dan menyiapkan para pelajar dengan menggabungkan modul IT ke dalam kurikulum agar mereka lebih bersedia.

Sehubungan dengan itu 3,000 kakitangan Bank Standard Chartered Singapura akan menjalani latihan semula kemahiran sepanjang tiga tahun.

Langkah tersebut berikutan pelancaran satu pelan perubahan industri perkhidmatan kewangan pada Oktober lalu.

Ia bermatlamat untuk mewujudkan 3,000 pekerjaan dalam sektor tersebut dalam masa tiga tahun akan datang.

Pemerintah menggesa bank-bank supaya melatih semula dan bukannya memberhentikan pekerja yang terjejas dengan "peningkatan teknologi" dalam industri tersebut. 

Sumber : CNA/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan