Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Facebook tukar nama kepada Meta, fokus kepada realiti maya

Facebook kini dipanggil Meta, umum syarikat tersebut pada Khamis (28 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook tukar nama kepada Meta, fokus kepada realiti maya

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Oct 2021 08:00AM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 10:59AM

AMERIKA SYARIKAT: Facebook kini dipanggil Meta, umum syarikat tersebut pada Khamis (28 Okt).

Ini menyusuli penjenamaan semula dengan tumpuan kepada usaha membangunkan "metaverse" iaitu sekitaran maya yang menurutnya akan menggantikan internet mudah alih.

Pertukaran nama itu dilakukan sedang gergasi media sosial tersebut berdepan kritikan daripada para penggubal dasar dan pengawal selia berhubung kuasa pasarannya, keputusan algoritma dan cara ia mengawal penyalahgunaan khidmatnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mark Zuckerberg, ketika berucap di persidangan realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) syarikat itu, yang disiarkan secara langsung, berkata bahawa nama baru tersebut mencerminkan usahanya membuat pelaburan dalam metaverse, bukan setakat menukar nama khidmat media sosialnya yang akan terus dipanggil Facebook.

Reuters melaporkan metaverse mula disebut-sebut tiga puluh tahun lalu dan kini menarik perhatian mereka di Silicon Valley. Ia secara amnya merujuk kepada alam maya yang dikongsi bersama dan boleh diakses oleh para pengguna daripada peranti berbeza.

Syarikat itu, yang sudahpun banyak membuat pelaburan dalam realiti terimbuh dan maya, menyatakan perubahan tersebut akan menggabungkan aplikasi-aplikasi dan teknologi-teknologinya yang berbeza di bawah satu jenama baru.

Ia turut menyatakan bahawa struktur korporatnya tidak akan diubah, lapor Reuters.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan