Images
  • facebook logo
    (Gambar: Reuters)

Facebook hasilkan jam tangan bijak dengan ciri kesihatan: Laporan

REUTERS: Facebook Inc sedang membangunkan jam tangan bijak yang akan membolehkan pengguna menghantar pesanan, selain menawarkan ciri kesihatan dan kecergasan, lapor The Information pada Jumaat (12 Feb), dengan memetik sumber yang mempunyai maklumat langsung tentang peranti itu.

Gergasi media sosial itu merancang untuk mula menjual peranti itu tahun depan, menurut laporan tersebut, dalam satu langkah yang akan menandakan kemasukannya ke dalam pasaran yang sekarang ini dikuasai oleh Apple Inc dan Huawei.

Jam tangan bijak Facebook akan berfungsi melalui sambungan selular, membolehkan pengguna menghantar mesej melalui perkhidmatannya dan juga menyambung kepada perkhidmatan atau perkakas syarikat kesihatan dan kecergasan, seperti Peloton Interactive, menurut laporan itu.

Facebook yang berpangkalan di Menlo Park, California telah cuba menembusi sektor perkakasan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan produk-produk seperti fon kepala realiti maya Oculus dan peranti sembang video, Portal.

Facebook tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mengulas.

- Reuters/TQ/tq

Top