Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Facebook derma 720,000 pelitup dari bekalan kecemasan tangani COVID-19

Ketua Eksekutif Facebook Inc Mark Zuckerberg menyatakan pada Ahad (22 Mac) syarikat media sosial itu telah mendermakan 720,000 pelitup dari bekalan simpanan kecemasannya untuk menyediakan lebih banyak kelengkapan perlindungan diri kepada para pekerja khidmat kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook derma 720,000 pelitup dari bekalan kecemasan tangani COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 11:37AM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 11:49AM

REUTERS: Ketua Eksekutif Facebook Inc Mark Zuckerberg menyatakan pada Ahad (22 Mac) syarikat media sosial itu telah mendermakan 720,000 pelitup dari bekalan simpanan kecemasannya untuk menyediakan lebih banyak kelengkapan perlindungan diri kepada para pekerja khidmat kesihatan.

"Untuk membantu, Facebook mendermakan bekalan simpanan kecemasan kami iaitu sebanyak 720,000 pelitup yang kami telah beli sebagai persediaan jika kebakaran hutan berterusan," kata Encik Zuckerberg dalam satu catatan, sambil menambah syarikat itu juga sedang berusaha "untuk mendapatkan lebih banyak pelitup untuk didermakan."

Amerika Syarikat melihat permintaan yang melonjak bagi pelitup pernafasan disebabkan oleh wabak COVID-19 sedang Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia Amerika Syarikat menyasarkan sepanjang 18 bulan akan datang, untuk membeli 500 juta pelitup untuk Stok Kebangsaan Strategik, iaitu bekalan farmaseutikal dan perubatan negara itu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan