Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Facebook bayar kontraktor salin klip audio pengguna

Facebook Inc telah membayar para kontraktor luaran untuk menyalin klip-klip audio para pengguna khidmatnya, lapor Bloomberg pada Selasa (13 Ogos), menukil pihak yang mengetahui hal tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook bayar kontraktor salin klip audio pengguna

(Gambar: Dado Ruvic/REUTERS)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 12:38PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 12:42PM

SAN FRANCISO: Facebook Inc telah membayar para kontraktor luaran untuk menyalin klip-klip audio para pengguna khidmatnya, lapor Bloomberg pada Selasa (13 Ogos), menukil pihak yang mengetahui hal tersebut.

Facebook mengesahkan salinan itu, sambil memberitahu agensi berita tersebut dalam satu kenyataan bahawa pihaknya sudah mendapat keizinan para pengguna, tetapi amalan itu sudah pun dihentikan.

Facebook tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mengulas perkara itu.
Bloomberg, menukil syarikat itu, melaporkan bahawa para pengguna yang terjejas membuat pilihan dalam aplikasi Messenger supaya perbualan mereka disalinkan.

Para kontraktor tersebut telah memeriksa sama ada kecerdasan buatan Facebook telah menyalin mesej-mesej itu dengan betul.

Bloomberg menyatakan para kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut "terganggu" mendengar audio peribadi yang tidak didedahkan sumbernya dan kadang kala mempunyai kandungan lucah.

Agensi berita itu turut melaporkan bahawa para kontraktor tidak diberitahu sebab mereka melakukan penyalinan tersebut.

Amazon, Apple dan Google - kesemua syarikat yang menawarkan bantuan suara - sebelum ini mengesahkan mengumpul perbualan-perbualan bagi memperbaiki produk masing-masing.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan