Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ExxonMobil kurangkan 7% tenaga kerja di S'pura

ExxonMobil mengumumkan pada Selasa (2 Mac) bahawa ia akan mengurangkan sekitar 7 peratus tenaga kerjanya di Singapura, sedang "keadaan pasaran yang belum pernah berlaku" akibat pandemik COVID-19 mempercepat penyusunan semula yang sedang dijalankan syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
ExxonMobil kurangkan 7% tenaga kerja di S'pura

Kemudahan penyulingan minyak ExxonMobil di Pulau Jurong (Gambar: ExxonMobil)

Diterbitkan : 03 Mar 2021 01:51PM Dikemas Kini : 03 Mar 2021 01:55PM

SINGAPURA: ExxonMobil mengumumkan pada Selasa (2 Mac) bahawa ia akan mengurangkan sekitar 7 peratus tenaga kerjanya di Singapura, sedang "keadaan pasaran yang belum pernah berlaku" akibat pandemik COVID-19 mempercepat penyusunan semula yang sedang dijalankan syarikat itu.

Kira-kira 300 jawatan akan terjejas menjelang hujung 2021, kata syarikat minyak utama itu.

ExxonMobil mempunyai lebih 4,000 pekerja di Singapura, yang menempatkan loji terbesar syarikat itu dengan keupayaan sekitar 592,000 tong sehari.

"Ini adalah langkah yang sukar tetapi perlu untuk meningkatkan daya saing syarikat kami dan memperkukuhkan asas perniagaan kami bagi kejayaan masa depan," kata Cik Geraldine Chin, pengerusi dan pengarah urusan ExxonMobil Asia Pasifik.

"Kami sedang menyediakan sokongan peralihan kepada rakan-rakan sekerja kami yang terjejas dan tumpuan kami adalah untuk mengharungi masa yang mencabar ini."

Singapura terus menjadi tempat yang strategik untuk ExxonMobil dengan "kompleks penghasilan berskala dunia serta tenaga kerja yang berbakat", kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Syarikat ini tetap komited untuk menyediakan tenaga dan produk yang penting bagi masyarakat, sambil menguruskan operasi dengan selamat dan bertanggungjawab, termasuk mengurangkan risiko perubahan iklim," tambahnya.

ExxonMobil mengalami kerugian AS$22.4 bilion (S$29.9 bilion) ekoran harga minyak yang menjunam sewaktu pandemik COVID-19 tahun lalu.

Sumber : CNA/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan