Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ExxonMobil intai projek 'berbilion dolar' di tapak penapisan minyak S'pura

ExxonMobil hari ini (26 Jun) menyatakan bahawa ia merancang untuk membuat keputusan muktamad pada 2019 berhubung pelaburan yang disifatkan sebagai projek 'berbilion dolar' yang bakal meningkatkan hasil pengeluaran bahan api dan pelincir bersih di loji penapisan minyak Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
ExxonMobil intai projek 'berbilion dolar' di tapak penapisan minyak S'pura

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 26 Jun 2018 07:28PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 07:31PM

SINGAPURA: ExxonMobil hari ini (26 Jun) menyatakan bahawa ia merancang untuk membuat keputusan muktamad pada 2019 berhubung pelaburan yang disifatkan sebagai projek 'berbilion dolar' yang bakal meningkatkan hasil pengeluaran bahan api dan pelincir bersih di loji penapisan minyak Singapura.

Projek tersebut bertujuan untuk meningkatkan daya saing kompleks penapisan petrokimia ExxonMobil Singapura, iaitu salah satu daripada tapak bahan api bersepadu, stok pelincir dan pengeluaran kimia yang terbesar di dunia, menurut syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Jika projek itu dijalankan, hasil pengeluaran baru dijangkakan pada 2023 , menurut syarikat tersebut, tanpa mendedahkan jumlah yang bakal dilaburkan.

"Pelaburan ini akan menempatkannya di kalangan seperempat paling tinggi di peringkat dunia dari segi daya saing penapisan minyak dan akan menambah kepada kelebihan bersaing bagi loji tersebut, dalam pemprosesan minyak mentah," kata Presiden Syarikat ExxonMobil Fuels & Lubricants Bryan Milton. 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan