Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Etihad tawar perlindungan insurans percuma COVID-19; tingkatkan keyakinan penumpang

Syarikat penerbangan Abu Dhabi, Etihad Airways, menyatakan pada Isnin (7 Sep) ia akan menanggung kos perubatan dan kuarantin bagi penumpang jika mereka dijangkiti COVID-19 selepas menaiki salah satu pesawatnya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Etihad tawar perlindungan insurans percuma COVID-19; tingkatkan keyakinan penumpang

Gambar fail.

Diterbitkan : 07 Sep 2020 10:41PM Dikemas Kini : 07 Sep 2020 10:43PM

DUBAI: Syarikat penerbangan Abu Dhabi, Etihad Airways, menyatakan pada Isnin (7 Sep) ia akan menanggung kos perubatan dan kuarantin bagi penumpang jika mereka dijangkiti COVID-19 selepas menaiki salah satu pesawatnya.

Syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia sedang berusaha mencari cara untuk meningkatkan permintaan yang terjejas oleh pandemik itu yang dijangka mengambil masa selama beberapa tahun untuk bangkit semula.

Kos perubatan sehingga 150,000 euro (S$242,000) dan kos kuarantin sehingga 100 euro (S$160) sehari selama 14 hari akan ditanggung oleh Etihad bagi penumpangnya yang dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 31 hari dari hari pertama perjalanan.

“Perlindungan tambahan ini tidak hanya akan meningkatkan keyakinan untuk melancong tetapi juga memberi jaminan kepada para tetamu bahawa kami sedang melakukan semua yang kami mampu untuk memastikan mereka selamat dan sentiasa dilindungi," kata Naib Presiden Etihad Duncan Bureau dalam kenyataannya.

Perlindungan COVID-19 termasuk tiket penerbangan bagi perjalanan sehingga hujung tahun ini yang sah untuk digunakan bagi melakukan perjalanan ke seluruh dunia. Ia ditawarkan hasil kerjasama dengan syarikat insurans AXA.

Langkah itu serupa dengan syarikat penerbangan Dubai, Emirates, yang mula menawarkan insurans COVID-19 secara percuma sejak Julai lalu.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan