Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eric Schmidt umum lepaskan jawatan pengerusi di syarikat induk Google

Pada Oktober 2015, Alphabet menjadi syarikat induk Google, yang mempunyai lebih 70,000 pekerja di seluruh dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Eric Schmidt umum lepaskan jawatan pengerusi di syarikat induk Google

Logo Google di cawangannya di

Diterbitkan : 23 Dec 2017 12:39AM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 12:40AM

SAN FRANCISCO: Alphabet, syarikat induk gergasi teknologi Amerika Syarikat iaitu Google, mengumumkan pada Khamis (21 Dis) bahawa Eric Schmidt akan meletak jawatan sebagai pengerusi eksekutif lembaga pengarah pada Januari 2018, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut satu kenyataan, Schmidt bakal menjadi penasihat teknikal syarikat itu sambil terus berkhidmat dalam lembaga pengarahnya.

"Selepas 10 tahun sebagai CEO dan tujuh tahun sebagai Pengerusi Eksekutif, saya tidak sabar untuk bergelumang dalam bidang sains dan teknologi terkini serta kedermawanan," kata Schmidt menerusi akaun Twitter pada Khamis.

"Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Larry dan Sergey demi masa depan kami di Alphabet ini," katanya.

"Larry, Sergey, Sundar dan saya percaya bahawa masanya telah tiba untuk evolusi Alphabet dalam peralihan ini. Struktur Alphabet berfungsi dengan baik dan Google serta Other Bets sedang berkembang maju," kata Schmidt dalam satu kenyataan.

Larry Page, CEO Alphabet, memuji Schmidt kerana berusaha sejak beliau menyertai Google pada 2001 dalam menyediakan "kepakaran perniagaan dan kejuruteraan serta visi yang jelas berkaitan masa depan teknologi" kepada syarikat itu.

Alphabet berkata lembaga pengarah akan melantik seorang pengerusi bukan eksekutif yang baru pada mesyuarat seterusnya dalam bulan Januari.

Google, gergasi carian paling popular di dunia, diasaskan oleh Page dan Sergey Brin pada September 1998.

Pada Oktober 2015, Alphabet menjadi syarikat induk Google, yang mempunyai lebih 70,000 pekerja di seluruh dunia.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan