Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Emirates ubah semula keputusan gantung semua penerbangan penumpang

Syarikat penerbangan Dubai, Emirates pada Ahad (22 Mac) mengubah semula keputusannya untuk menggantung semua khidmat penerbangan penumpang, beberapa jam selepas ia mengumumkan bahawa ia akan menggantung semua operasinya pada 25 Mac disebabkan penularan virus COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Emirates ubah semula keputusan gantung semua penerbangan penumpang

(Gambar: Emirates)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 08:21AM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 08:23AM

DUBAI: Syarikat penerbangan Dubai, Emirates pada Ahad (22 Mac) mengubah semula keputusannya untuk menggantung semua khidmat penerbangan penumpang, beberapa jam selepas ia mengumumkan bahawa ia akan menggantung semua operasinya pada 25 Mac disebabkan penularan virus COVID-19.

Pesawat itu menyatakan ia "menerima permintaan daripada pemerintah dan penumpang untuk membantu membawa pulang para pengunjung" dan akan terus mengendalikan penerbangan ke 13 destinasi, kurang daripada 159 sebelum ini.

Emirates akan mengendalikan penerbangan ke Britain, Switzerland, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Filipina, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Australia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas kenyataan sebelumnya yang menyatakan bahawa syarikat itu "akan menggantung buat sementara semua operasi penumpangnya" menjelang 25 Mac.

"Kami terus memantau situasi dengan teliti, dan sebaik sahaja keadaan mengizinkan, kami akan menjalankan semula operasi kami," kata CEO dan pengerusi Emirates, Sheikh Ahmed Saeed Al-Maktoum.

Amiriah Arab Bersatu pada Jumaat (20 Mac) melaporkan dua lagi kematian akibat COVID-19, dengan 153 kes jangkitan sejauh ini, dengan 38 pesakit sudah pun pulih.

Encik Maktoum mengatakan hingga Januari tahun ini, syarikat Emirates Group mencatatkan "prestasi baik" selaras sasaran tahun kewangan ini, namun "COVID-19 menyebabkan semua itu terbantut secara tiba-tiba sepanjang enam minggu lalu".

"Dunia benar-benar dalam kuarantin akibat wabak COVID-19," katanya.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan