Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Emirates berhentikan lebih ramai juruterbang, anak kapal angkara COVID-19

Syarikat penerbangan Emirates telah memberhentikan ratusan juruterbang dan ribuan anak kapalnya demi menangani kesulitan kewangan akibat pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Emirates berhentikan lebih ramai juruterbang, anak kapal angkara COVID-19

(Gambar: Reuters/ Rafael Marchante)

Diterbitkan : 10 Jun 2020 05:13PM Dikemas Kini : 10 Jun 2020 05:14PM

DUBAI: Syarikat penerbangan Emirates telah memberhentikan ratusan juruterbang dan ribuan anak kapalnya demi menangani kesulitan kewangan akibat pandemik COVID-19.

Lebih ramai kakitangannya dijangka diberhentikan pada minggu ini, termasuk para juruterbang Airbus A380 dan Boeing 777.

Emirates mempunyai 4,300 juruterbang dan hampir 22,000 anak kapal.

Tenaga kerja syarikat penerbangan itu mungkin dikurangkan hampir sepertiga.

Ini meskipun Pemerintah Dubai berikrar untuk menawarkan modal baru kepada Emirates bagi membolehkan syarikat itu mengekalkan tenaga kerjanya yang berkemahiran.

Emirates juga akan memotong gaji kakitangannya sehingga September. 

Sumber : Reuters/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan