Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Emirates akan lakukan penghantaran harian vaksin COVID-19 ke negara membangun

Emirates Airlines menyatakan pada Isnin (1 Feb) bahawa ia akan membuat penghantaran harian bagi vaksin-vaksin koronavirus ke negara-negara yang kurang keupayaan untuk menyimpan vaksin tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Emirates akan lakukan penghantaran harian vaksin COVID-19 ke negara membangun

(Gambar: Reuters/ Rafael Marchante)

Diterbitkan : 02 Feb 2021 03:23PM Dikemas Kini : 02 Feb 2021 03:25PM

DUBAI: Emirates Airlines menyatakan pada Isnin (1 Feb) bahawa ia akan membuat penghantaran harian bagi vaksin-vaksin koronavirus ke negara-negara yang kurang keupayaan untuk menyimpan vaksin tersebut.

Ini sebahagian daripada inisiatif untuk mempercepat pengagihan vaksin ke merata dunia.

Syarikat yang berpangkalan di Dubai itu, yang juga syarikat penerbangan terbesar Timur Tengah, akan menggunakan kedua-dua pesawat kargo dan penumpang untuk membuat penghantaran vaksin tersebut, menurut Timbalan Ketua Divisyen Kargo Emirates, Nabil al-Morr.

"Kebanyakan negara itu mengalami masalah menyimpan (vaksin), manakala kami mempunyai keupayaan," beliau memberitahu AFP, sambil menambah inisiatif itu melibatkan kebanyakan negara-negara membangun di Timur Tengah dan benua kecil India.

Dubai, sebuah hab pengangkutan utama, mengumumkan inisiatif itu pada Ahad (31 Jan) untuk mempercepat penghantaran vaksin koronavirus, khususnya kepada negara-negara membangun, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran tentang perbuatan mengabaikan negara-negara miskin di dunia.

Perikatan Logistik Vaksin itu termasuk Emirate Airlines dan DP World yang memanfaatkan rangkaian pelabuhan gergasi logistik global itu dan lapangan-lapangan terbang negara itu, menurut pihak berkuasa Dubai.

Perikatan itu akan "menyokong" inisiatif Covax WHO - iaitu usaha pemerolehan dan pengagihan vaksin secara global - untuk mengagihkan dua bilion dos vaksin, menurut kenyataan Pejabat Media Dubai.

Menurut Dubai, perikatan itu akan bekerjasama dengan para pengilang farmaseautikal, syarikat penghantaran dan agensi-agensi pemerintah untuk menghantar vaksin, yang sebahagiannya mesti disimpan di tempat bersuhu amat rendah.

Sejak bermulanya pandemik ini, UAE yang cuba meluaskan pengaruh diplomatiknya, menekankan usaha-usaha bantuan kemanusiaannya di peringkat antarabangsa.

Negara Teluk itu, yang termasuk Dubai dan enam lagi emiriah, sendiri mengalami jumlah kes yang melonjak selepas musim cuti selepas membuka pintunya kepada para pelancong.

Ia adalah antara yang pertama melancarkan kempen vaksinasi besar-besaran dalam bulan Disember bagi penduduknya seramai 10 juta orang dan sudah mentadbirkan tiga juta dos kepada lebih suku penduduknya sekali gus menjadi negara kedua selepas Israel dalam perlumbaan vaksin global ini, menurut data agensi Statista.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan