Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura terus merosot, turun 17.3% pada Jun

Eksport bukan minyak (NODX) Singapura menjunam 17.3 peratus pada Jun berbanding setahun lalu, menandakan kemerosotan dua angka selama empat bulan berturut-turut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2019 09:27AM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 10:47PM

SINGAPURA: Eksport bukan minyak (NODX) Singapura menjunam 17.3 peratus pada Jun berbanding setahun lalu, menandakan kemerosotan dua angka selama empat bulan berturut-turut. Demikian menurut perangkaan daripada agensi perdagangan Enterprise Singapore pada Rabu (17 Jul).

Kedua-dua eksport elektronik dan bukan elektronik merosot dengan eksport ke kebanyakan pasaran utama menjunam.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, NODX turun sebanyak 7.6 peratus pada Jun setelah naik 5.8 peratus pada Mei.

Eksport elektronik menjunam 31.9 peratus berbanding setahun lalu susuli kejatuhan 31.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Litar bersepadu (IC), komputer peribadi (PC) dan produk media cakera masing-masing menguncup 33 peratus, 44.6 peratus dan 41.7 peratus sekali gus menyumbang kepada kemerosotan paling tinggi dalam NODX elektronik.

Eksport bukan elektronik turun 12.4 peratus pada Jun menyusuli kejatuhan 11.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Emas bukan kewangan (-50.2 peratus), petrokimia (-16.7 peratus) dan farmaseutikal (-11.3 peratus) menyumbang paling besar kepada penurunan NODX bukan elektronik.

Secara keseluruhannya perdagangan merosot 7.2 peratus pada Jun berbanding setahun lalu setelah turun 2.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Kedua-dua import dan eksport Singapura juga merosot. Import turun 4.8 peratus manakala eksport pula jatuh 9.3 peratus.
Keseluruhannya, eksport ke kebanyakan pasaran utama Singapura turun pada Jun kecuali Amerika Syarikat.

Penyumbang terbesar dalam kemerosotan NODX ialah Hong Kong (-38.2 peratus), China (-15.8 peratus) dan Kesatuan Eropah atau EU 28 (-22.1 peratus). 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan