Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura pada Mac catat kemerosotan terbesar dalam lebih 2 tahun

Eksport bukan minyak (NODX) Singapura mengalami kemerosotan paling teruk dalam tempoh dua tahun pada Mac, dengan penghantaran ke pasaran-pasaran utama turut mengalami penguncupan.

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura pada Mac catat kemerosotan terbesar dalam lebih 2 tahun

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 10:32AM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 10:36AM

SINGAPURA: Eksport bukan minyak (NODX) Singapura mengalami kemerosotan paling teruk dalam tempoh dua tahun pada Mac, dengan penghantaran ke pasaran-pasaran utama turut mengalami penguncupan.

Eksport menjunam 11.7 peratus pada Mac berbanding setahun lalu, selepas mengalami pertumbuhan 4.8 peratus pada Februari sedang ekport elektronik dan bukan elektronik merosot, menurut perangkaan agensi perdagangan Enterprise Singapore pada Rabu (17 Apr).

Ini adalah kemerosotan lebih besar berbanding 2.1 peratus yang diramal pakar ekonomi dalam tinjauan Reuters baru-baru ini.

Ia juga kemerosotan paling teruk sejak Oktober 2016, apabila eksport menjunam 14 peratus berbanding setahun sebelumnya.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, eksport Singapura menjunam 14.3 peratus pada Mac, menyusuli lonjakan 16.0 peratus pada bulan sebelumnya.

Eksport barangan elektronik menjunam 26.7 peratus berbanding setahun lalu, ekoran kemerosotan 8.2 peratus yang dicatat pada Februari.

Segmen komputer peribadi (PC), produk media cakera serta diod & transistor masing-masing menguncup 22.2 peratus, 46.3 peratus dan 40.3 peratus, menjadikannya penyumbang terbesar kemerosotan elektronik NODX.

Eksport bukan elektronik pula merosot 7.0 peratus pada Mac berbanding setahun lalu setelah berkembang 9.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Mesin khas (-24.4 peratus), farmaseutikal (-36.5 peratus) dan petrokimia (-15.1 peratus) adalah penyumbang terbesar kemerosotan ini.

Secara keseluruhannya, perdagangan merosot 0.9 peratus pada Mac berbanding setahun lalu, menyusuli pertumbuhan 3.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Eksport ke hampir kesemua pasaran terbesar Singapura merosot pada Mac kecuali Amerika Syarikat. Penyumbang utama kemerosotan NODX adalah Jepun (-36.6 peratus), Taiwan (-27.4 peratus) dan Hong Kong (-22.4 peratus).

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan