Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura naik pada kadar lebih cepat 12.1% pada Mac

Eksport bukan minyak dalam negeri (NODX) Singapura tumbuh pada kadar lebih cepat dari tahun ke tahun iaitu 12.1 peratus pada Mac berbanding pertumbuhan 4.2 peratus pada Februari.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Apr 2021 11:29AM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 12:09AM

SINGAPURA: Eksport bukan minyak dalam negeri (NODX) Singapura tumbuh pada kadar lebih cepat dari tahun ke tahun iaitu 12.1 peratus pada Mac berbanding pertumbuhan 4.2 peratus pada Februari.

Pertumbuhan itu terutamanya dirangsang oleh eksport bukan elektronik, yang meningkat 9.4 peratus dari tahun ke tahun, menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Enterprise Singapore (ESG) pada Jumaat (16 Apr).

Kenaikan itu dipacu oleh petrokimia (51.4 peratus) pada Mac setelah ia merosot di tengah-tengah kemelesetan global pada 2019. Ia disusuli oleh kenaikan dalam mesin khas (35.1 peratus), sejajar dengan permintaan kukuh bagi semikonduktor di peringkat global, menurut ESG.

Eksport farmeseutikal, yang lazimnya tidak menentu, meningkat 25.5 peratus pada Mac, setelah merosot pada Februari.

Dalam sektor elektronik, NODX berkembang 24.4 peratus bulan lalu daripada aasnya yang rendah setahun lalu, dan mencatat kenaikan berbanding pertumbuhan 7.3 peratus pada Februari. Pertumbuhan itu terutamanya disebabkan oleh kenaikan dalam eksport litar bersepadu, di tengah-tengah permintaan semikonduktor yang kukuh dan laporan media mengenai kekurangan cip.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, NODX Singapura tumbuh 1.2 peratus pada bulan lalu untuk mencecah S$16.9 bilion, lebih tinggi berbanding S$16.7 bilion pada Februari.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan