Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura naik 5% pada Ogos

Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura naik 5 peratus pada Ogos selepas meraih pertumbuhan 11 peratus pada Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Sep 2018 09:12AM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 10:25PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura naik 5 peratus pada Ogos selepas meraih pertumbuhan 11 peratus pada Julai. Ini menurut perangkaan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin (17 Sep).

Eksport bukan elektronik meningkat 7.8 peratus menyusuli pertumbuhan 18.6 peratus pada Julai, menurut data oleh Enterprise Singapore. Eksport elektronik pula merosot 1.5 peratus menyusuli kejatuhan 5.8 peratus pada bulan sebelumnya.

NODX bagi 10 pasaran utama mencatat pertumbuhan pada bulan Ogos, sebahagian besarnya dipacu oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Indonesia.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, eksport tumbuh sebanyak 0.4 peratus pada Ogos setelah naik 3.6 peratus pada Julai. Paras NODX mencecah S$15.6 bilion pada Ogos, sama seperti bulan sebelumnya.

Perdagangan sepanjang tahun meningkat 13.3 peratus, menyusuli pertumbuhan 17.4 peratus pada Julai. Ia disokong oleh pertumbuhan eksport dan import, menurut Enterprise Singapore. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan