Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura naik 4.2% pada Feb

Eksport domestik bukan minyak Singapura (NODX) meningkat 4.2 peratus pada Februari berbanding setahun lalu setelah mencecah paras tertinggi dalam masa tujuh bulan dengan lebih 12 peratus dicatatkan pada Januari.

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura naik 4.2% pada Feb

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Mar 2021 03:05PM Dikemas Kini : 17 Mar 2021 03:07PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak Singapura (NODX) meningkat 4.2 peratus pada Februari berbanding setahun lalu setelah mencecah paras tertinggi dalam masa tujuh bulan dengan lebih 12 peratus dicatatkan pada Januari.

Pertumbuhan itu dipacu oleh NODX bukan elektronik, yang meningkat sebanyak 3.3 peratus pada bulan lalu, menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Enterprise Singapore (ESG) pada Rabu (17 Mac).

Peningkatan 167.5 peratus pada NODX emas bukan kewangan merupakan pemacu utama, setelah eksport-eksport sedemikian menjunam 72.2 peratus pada Februari 2020.

NODX mesin khas naik 35.6 peratus, sejajar dengan "permintaan semikonduktor yang kukuh di peringkat global", manakala NODX petrokimia naik 19.3 peratus, yang turut merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan NODX bukan elektronik pada bulan lalu, menurut ESG.

NODX elektronik berkembang 7.4 peratus berbanding setahun lalu, dipacu oleh eksport komputer peribadi yang meningkat 98.3 peratus, peralatan telekomunikasi naik 78.6 peratus serta diod dan transistor yang naik 39.1 peratus.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, NODX Singapura tumbuh 8.2 peratus pada bulan lalu, sekali gus mencecah S$16.7 bilion selepas meningkat 6.9 peratus pada Januari.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan