Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura naik 17.9% pada Oktober

Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura naik 17.9 peratus pada Oktober berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menandakan kenaikan buat 11 bulan berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura naik 17.9% pada Oktober

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 17 Nov 2021 11:18AM Dikemas Kini : 17 Nov 2021 11:21AM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura naik 17.9 peratus pada Oktober berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menandakan kenaikan buat 11 bulan berturut-turut.

Kedua-dua eksport barangan elektronik dan bukan elektronik mencatatkan kenaikan, menurut data yang dikeluarkan Enterprise Singapore (ESG) pada Rabu (17 Nov).

Berdasarkan penyesuaian musiman bulan ke bulan, NODX naik 4.2 peratus pada Oktober berbanding kenaikan 1 peratus pada bulan sebelumnya.

Eksport barangan elektronik terus meningkat, naik 14.9 peratus pada Oktober berbanding setahun lalu, sebahagian besarnya dipacu oleh litar bersepadu dan "permintaan sejagat yang kukuh bagi semikonduktor," menurut ESG.

Litar bersepadu, komputer peribadi serta diod dan transistor paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan eksport barangan elektronik.

Kiriman produk bukan elektronik ke luar negara pula meningkat 18.9 peratus pada Oktober, didorong oleh jentera khas, dan petrokimia.

EKSPORT KE PASARAN UTAMA

"NODX ke pasaran utama secara keseluruhannya meningkat pada Oktober 2021," menurut ESG meskipun eksport ke Thailand, Amerika Syarikat dan Hong Kong merosot.

Penyumbang terbesar kepada peningkatan itu adalah China, Malaysia dan Taiwan.

Eksport ke China meningkat 35.6 peratus disebabkan oleh emas bukan wang, jentera khas dan petrokimia.

Penghantaran ke Malaysia pula naik 29.4 peratus pada Oktober, selepas merosot 4.1 peratus pada September. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh litar bersepadu, serta diod dan transistor.

Eksport ke Taiwan meningkat 32.7 peratus disebabkan oleh litar bersepadu, jentera khas dan petrokimia.

Penghantaran ke pasaran-pasaran baru juga berkembang sebanyak 42.5 pada Oktober. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh Asia Selatan, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam serta Timur Tengah.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan