Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura merosot 12.3% pada Oktober

Perangkaan bagi eksport Singapura terus menunjukkan tanda-tanda suram, dengan eksport bulan Oktober merosot buat lapan bulan berturut-turut, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Isnin (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2019 10:49AM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 10:40PM

SINGAPURA: Perangkaan bagi eksport Singapura terus menunjukkan tanda-tanda suram, dengan eksport bulan Oktober merosot buat lapan bulan berturut-turut, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Isnin (18 Nov).

Eksport domestik bukan minyak (NODX) menjunam 12.3 peratus bulan lalu berbanding kejatuhan 8.1 peratus pada September, berdasarkan perangkaan daripada Enterprise Singapore.

Penguncupan tersebut disebabkan "asas tinggi" bagi eksport bukan elektronik setahun lalu, menurut agensi perdagangan itu.

Berdasarkan penyesuaian dari bulan ke bulan, eksport merosot 2.9 peratus bulan lalu selepas jatuh 3.3 peratus pada September.

Penghantaran elektronik terus meleset, jatuh 16.4 peratus berbanding setahun sebelumnya selepas menguncup 24.8 peratus pada September. Antara penyumbang terbesar kepada kemerosotan itu adalah litar bersepadu (17.2 peratus), komputer peribadi (31.3 peratus) dan peralatan telekomunikasi (15.7 peratus).

Eksport bukan elektronik merosot 11 peratus menyusuli kejatuhan 2.3 peratus pada September. Farmaseutikal (36 peratus), petrokimia (19.2 peratus) dan kimia asas (47.3 peratus) menyumbang paling banyak kepada kemerosotan tersebut.

Eksport Singapura ke kebanyakan pasaran utamanya, kecuali Taiwan, merudum pada Oktober. Penyumbang utama kepada kemerosotan itu adalah Jepun (39.5 peratus), Indonesia (15.5 peratus) dan Kesatuan Eropah (13.2 peratus).

Perdagangan secara keseluruhannya menguncup 9.7 peratus, dengan import merosot 10 peratus manakala eksport pula jatuh 9.2 peratus.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan