Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura meningkat pada rentak lebih pantas; naik 15.9% pada Jun

Eksport domestik bukan minyak Singapura (NODX) meningkat pada rentak lebih pantas sebanyak 15.9 peratus pada Jun, dipacu oleh peningkatan pada penghantaran produk bukan elektronik seperti jentera khas dan petrokimia, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat (16 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura meningkat pada rentak lebih pantas; naik 15.9% pada Jun

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Jul 2021 09:59AM Dikemas Kini : 16 Jul 2021 10:00AM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak Singapura (NODX) meningkat pada rentak lebih pantas sebanyak 15.9 peratus pada Jun, dipacu oleh peningkatan pada penghantaran produk bukan elektronik seperti jentera khas dan petrokimia, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat (16 Jul).

Ia turut menandakan peningkatan tiga bulan berturut-turut dan peningkatan tertinggi sejak Mac tahun lalu. NODX berkembang 8.6 peratus pada Mei.

Pengembangan itu disebabkan oleh asas yang rendah setahun yang lalu, serta pertumbuhan dari segmen bukan elektronik, meskipun segmen elektronik turut mencatatkan peningkatan, menurut data yang dikeluarkan oleh Enterprise Singapore (ESG).

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, NODX Singapura tumbuh 6 peratus pada Jun setelah menguncup 0.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Penghantaran produk bukan elektronik meningkat 13.2 peratus pada Jun berbanding setahun lalu, dipacu oleh petrokimia yang melonjak 51.2 peratus serta jentera khas yang meningkat sebanyak 43.2 peratus.

Penghantaran produk elektronik naik 25.5 peratus pada Jun berbanding setahun lalu, dengan komputer peribadi, litar bersepadu, diod dan transistor masing-masing naik 130.2 peratus, 14.9 peratus dan 32.2 peratus.

Eksport ke sebahagian besar pasaran utama Singapura meningkat, kecuali Amerika Syarikat, Jepun dan Malaysia.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan