Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura jatuh 8.1% pada Sep; kejatuhan 7 bulan berturut-turut

Eksport Singapura menguncup pada September buat tujuh bulan berturut-turut, sebahagian besarnya diheret oleh kemerosotan ketara dalam penghantaran elektronik. Ini berdasarkan perangkaan rasmi pada Khamis (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura jatuh 8.1% pada Sep; kejatuhan 7 bulan berturut-turut

Kren-kren kontena di pelabuhan Singapura. (Gambar fail: Feline Lim/Reuters)

Diterbitkan : 17 Oct 2019 01:17PM Dikemas Kini : 17 Oct 2019 01:19PM

SINGAPURA: Eksport Singapura menguncup pada September buat tujuh bulan berturut-turut, sebahagian besarnya diheret oleh kemerosotan ketara dalam penghantaran elektronik. Ini berdasarkan perangkaan rasmi pada Khamis (17 Okt).

Eksport domestik bukan minyak jatuh sebanyak 8.1 peratus berbanding setahun lalu menyusuli kemerosotan yang disemak semula sebanyak 9 peratus. Demikian menurut perangkaan daripada agensi perdagangan Enterprise Singapore.

Berdasarkan penyesuaian musiman, eksport jatuh 3.3 peratus dari bulan ke bulan pada September berikutan kenaikan sebanyak 6.7 peratus pada Ogos.

Eksport elektronik menjunam 24.8 peratus dari tahun ke tahun pada September setelah penguncupan 25.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Litar bersepadu, komputer peribadi (PC) dan produk cakera media masing-masing menguncup 30.2 peratus, 33.1 peratus dan 12.2 peratus, menyumbang kepada kemerosotan paling banyak dalam penghantaran elektronik.

Eksport bukan elektronik merosot 2.3 peratus pada September berbanding setahun lalu. Bulan sebelumnya juga mencatakan kemerosotan yang sama.

Farmaseutikal (-26.7 peratus), petrokimia (-10.6 peratus) dan barang kemas (-52.0 peratus) menyumbang kepada kemerosotan paling ketara dalam eksport bukan elektronik.

Jumlah perdagangan turun sebanyak 4.9 peratus dari tahun ke tahun pada September setelah merosot 8.6 peratus pada Ogos.

Secara keseluruhannya, eksport Singapura ke pasaran-pasaran utamanya merosot pada September. Penyumbang paling besar kepada kemerosotan itu adalah Kesatuan Eropah (-17.3 peratus), Amerika Syarikat (-10.9 peratus) dan Jepun (-19.2 peratus).  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan