Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura jatuh 4.5% pada Mei

Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura jatuh 4.5 peratus pada bulan Mei berbanding setahun lalu setelah menyaksikan pertumbuhan yang tidak dijangkakan pada bulan sebelumnya, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kemerosotan dalam sektor petrokimia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jun 2020 11:22AM Dikemas Kini : 17 Jun 2020 10:07PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura jatuh 4.5 peratus pada bulan Mei berbanding setahun lalu setelah menyaksikan pertumbuhan yang tidak dijangkakan pada bulan sebelumnya, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kemerosotan dalam sektor petrokimia.

Ini membantutkan pertumbuhan tiga bulan berturut-turut, dengan keseluruhan perdagangan menguncup 25 peratus pada Mei, menurut perangkaan rasmi yang dikeluarkan hari ini (17 Jun).

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, NODX susut sebanyak 4.5 peratus, sekali gus melanjutkan tempoh kemerosotan buat dua bulan setelah menguncup 5.1 peratus pada bulan lalu.

Kemerosotan 8.8 peratus bagi eskport domestik bukan elektronik pada Mei menjangkaui pertumbuhan 12.5 peratus yang disaksikan oleh sektor elektronik.

Sektor petrokimia menjunam 31.2 peratus, membentuk sekitar 60 peratus daripada kemerosotan keseluruhan NODX untuk bulan Mei, akibat penurunan pada eksport ke India, China dan Indonesia.

Sektor-sektor penyediaan makanan serta enjin dan motor bukan elektrik, masing-masing jatuh 24.5 peratus dan 55 peratus, yang turut menyumbang kepada kemerosotan NODX bukan elektronik.

Pertumbuhan pada NODX elektronik dipacu oleh peningkatan pada litar bersepadu (IC), produk media cakera dan eksport pemacu cakera.

Keseluruhan eksport menjunam 23.9 peratus pada Mei manakala import pula jatuh 26.2 peratus.

Eksport ke 10 pasaran utama Singapura tumbuh pada Mei walaupun eksport ke Kesatuan Eropah (EU), Indonesia, China, Malaysia, Hong Kong dan Thailand merosot. Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan menyumbang paling ketara kepada pertumbuhan NODX.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan