Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport S'pura bangkit pada Dis 2019 setelah merosot selama 9 bulan

Eksport Singapura bangkit secara mengejut pada Disember lalu setelah mengalami penguncupan selama sembilan bulan yang sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan yang mendadak pada penghantaran farmaseutikal, menurut perangkaan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat (17 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2020 11:43AM Dikemas Kini : 17 Jan 2020 11:26PM

SINGAPURA: Eksport Singapura bangkit secara mengejut pada Disember lalu setelah mengalami penguncupan selama sembilan bulan yang sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan yang mendadak pada penghantaran farmaseutikal, menurut perangkaan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat (17 Jan).

Eksport domestik bukan minyak (NODX) tumbuh 2.4 peratus pada Disember 2019 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, menurut perangkaan Enterprise Singapore. Ini selepas mengalami kemerosotan 5.9 peratus pada November 2019.

Prestasi yang dicatatkan pada Disember tahun lalu juga jauh lebih baik berbanding kemerosotan 1.8 peratus yang diramalkan oleh para pakar ekonomi yang ditinjau Reuters.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, eksport Singapura tumbuh 1.1 peratus pada Disember setelah mencatat peningkatan sebanyak 5.8 peratus pada November. Tinjauan Reuters sebelum ini meramalkan penguncupan 1.3 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan