Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Eksport China susut di luar jangkaan pada November, namun import meningkat

Eksport China pada November susut buat empat bulan berturut-turut, menurut perangkaan pihak kastam pada Ahad (8 Dis). Ini di luar jangkaan pasaran yang meramalkan peningkatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport China susut di luar jangkaan pada November, namun import meningkat

Gambar fail kontena-kontena di sebuah pelabuhan di Shanghai pada Ogos 2019 (Gambar: Reuters/Aly Song)

Diterbitkan : 08 Dec 2019 06:24PM Dikemas Kini : 08 Dec 2019 06:28PM

BEIJING: Eksport China pada November susut buat empat bulan berturut-turut, menurut perangkaan pihak kastam pada Ahad (8 Dis). Ini di luar jangkaan pasaran yang meramalkan peningkatan.

Ia juga bukti bahawa sektor pengilangan China terus menghadapi tekanan akibat pertikaian dagang dengan Amerika Syarikat.

Perang perdagangan selama 17 bulan itu meningkatkan risiko kemelesetan sejagat dan mencetuskan andaian Beijing akan memperkenalkan lebih banyak langkah ransangan ekonomi untuk menangani pertumbuhan semakin perlahan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Eksport menyusut 1.1 peratus dalam tempoh setahun berbanding bulan lalu, menurut perangkaan. Ini bercanggah dengan pertumbuhan 1.0 peratus yang diramalkan tinjauan Reuters ke atas para penganalisis, menyusuli penguncupan 0.9 peratus pada Oktober.

Import pula secara tidak dijangka menokok 0.3 peratus bagi tempoh setahun, berbanding kemerosotan 1.8 peratus yang dijangkakan pengamat ekonomi serta kemerosotan 6.4 peratus yang dicatatkan pada Oktober. Ini menandakan pertumbuhan pertama bagi tempoh setahun, sejak April.

Beijing dan Washington masih merundingkan perjanjian perdagangan fasa pertama, bertujuan meredakan pertikaian dagangan yang menjejas pasaran sejagat. Bagaimanapun perincian utama termasuk sejauh mana tarif perlu ditarik balik Amerika Syarikat dan jumlah pembelian produk pertanian oleh China, masih dibahaskan.

Sebuah rang undang-undang yang diluluskan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang menyasarkan kem-kem tahanan kaum minoriti Islam di Xinjiang juga mencetuskan kemarahan Beijing, menjejas lagi sebarang harapan perjanjian.

China pada Rabu memberi amaran rang tersebut akan menjejas kerjasama dua hala dan bahawa Beijing akan mengambil tindak balas "tegas" untuk melindungi kepentingannya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan