Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekspo Dunia Dubai: Astaka S'pura pamerkan produk dari 15 jenama tempatan

Visi kemampanan Singapura bakal ditampilkan di Ekspo Dunia di Dubai yang akan dibuka esok (30 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Sep 2021 04:53PM Dikemas Kini : 29 Sep 2021 09:36PM

SINGAPURA: Visi kemampanan Singapura bakal ditampilkan di Ekspo Dunia di Dubai yang akan dibuka esok (30 Sep).

Visi itu dalam bentuk astaka tenaga sifar yang dibina di tengah-tengah padang pasir.

Ia diharap akan meluaskan peluang bagi syarikat-syarikat Singapura.

Hutan-hujan malar hijau di tengah-tengah padang pasir. Itulah visi di sebalik kehijauan di Astaka Singapura di Ekspo Dunia Dubai.

Cabarannya adalah untuk memelihara 80,000 tumbuhan untuk ditatapi para pengunjung ke sana sepanjang enam bulan akan datang.

Dedaun di ruang tersebut diimport dari Singapura untuk mempamerkan kepelbagaian hayat negara ini.

Meskipun cuaca di luar panas dengan suhu sekitar 37 darjah Selsius, reka bentuk terbuka, tumbuh-tumbuhan dan aliran kabus di astaka itu dapat menyejukkan udara hingga 10 darjah Selsius lebih rendah.

Astaka Singapura direka khas bagi mengimbangi tenaga yang digunakan dengan tenaga yang dijana sendiri. Ini termasuk memanfaatkan tenaga suria untuk menjana bekalan elektrik.

Menurut Enterprise Singapore (ESG), huraian-huraian teknologi canggih dan mesra alam sedemikian mengundang perhatian di Timur Tengah.

Lantaran itu, ESG melahirkan harapan agar syarikat-syarikat Singapura akan meraih peluang untuk menebarkan sayap di rantau ini.

Astaka itu juga menampilkan pelbagai budaya Singapura - dari filem hingga ke produk jualan runcit serta makanan tempatan.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan