Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekonomi suku pertama S'pura susut 2.2%; COVID-19 jejas teruk sektor binaan, perkhidmatan

Ekonomi Singapura menguncup 2.2 peratus pada suku pertama tahun ini, menurut ramalan awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (26 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi suku pertama S'pura susut 2.2%; COVID-19 jejas teruk sektor binaan, perkhidmatan

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 12:54PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 12:57PM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura menguncup 2.2 peratus pada suku pertama tahun ini, menurut ramalan awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (26 Mac).

Ini berbanding pertumbuhan 1.2 peratus pada suku pertama 2019 dan pertumbuhan 1.0 peratus pada suku terakhir tahun lalu.

MTI juga sudah menurunkan ramalan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) untuk tahun ini kepada antara -4 peratus dengan -1 peratus.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, GDP Singapura jatuh 10.6 peratus, kemerosotan paling ketara berbanding pertumbuhan 0.6 peratus pada suku sebelumnya.

Pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan menyampaikan kenyataan menteri berhubung langkah-langkah sokongan tambahan bagi para pekerja, syarikat-syarikat perusahaan dan keluarga dalam respons Singapura terhadap pandemik COVID-19.

Meskipun ekonomi Singapura "terjejas teruk", Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi jaminan kepada syarikat-syarikat bahawa pemerintah akan membantu mereka "mengharungi masa-masa sukar" dengan menghulurkan bantuan dari segi kos dan aliran tunai.

Penularan COVID-19 menyebabkan industri pelancongan di Singapura terjejas dengan ketara, dengan jumlah ketibaan pengunjung dijangka merosot sebanyak 25 peratus hingga 30 peratus tahun ini.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan pada Isnin ia akan mengeluarkan kenyataan dasar kewangan negara lebih awal pada 30 Mac, sedang inflasi teras Singapura jatuh 0.1 peratus, mengalami kemelesetan buat pertama kali dalam tempoh lebih 10 tahun yang lalu pada Februari.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan