Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekonomi S'pura tumbuh 0.2% dalam suku pertama sedang sekatan COVID-19 dilonggarkan

Ekonomi Singapura tumbuh 0.2 peratus dari tahun ke tahun dalam suku pertama 2021, setelah menguncup tiga suku berturut-turut, sedang negara itu terus pulih daripada COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi S'pura tumbuh 0.2% dalam suku pertama sedang sekatan COVID-19 dilonggarkan

(Gambar: Genevieve Loh)

Diterbitkan : 14 Apr 2021 09:00AM Dikemas Kini : 14 Apr 2021 09:02AM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh 0.2 peratus dari tahun ke tahun dalam suku pertama 2021, setelah menguncup tiga suku berturut-turut, sedang negara itu terus pulih daripada COVID-19.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, hasil kasar dalam negeri (GDP) Singapura naik dua peratus antara Januari dengan Mac, melanjutkan pertumbuhan 3.8 peratus pada suku sebelumnya, menurut anggaran awal oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Rabu (14 Apr).

Tahun lalu, ekonomi menguncup 5.4 peratus, iaitu penguncupan tahunan pertama Singapura sejak 2001 dan kemelesetan paling teruk sejak merdeka.

Fasa 3 pembukaan semula Singapura bermula pada 28 Disember tahun lalu, dengan had perhimpunan sosial dinaikkan dari lima kepada lapan orang.

Had jumlah orang di tempat-tempat awam, seperti di pusat beli-belah, daya tarikan dan rumah ibadat juga dilonggarkan.

Singapura juga sudah memulakan program dua vaksin COVID-19 - yang dibuat oleh Pfizer-BioNTech dan Moderna - manakala vaksin ketiga keluaran Sinovac sedang dikaji semula.

Setakat 14 April, sekitar 1.6 juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan, menurut laman web Kementerian Kesihatan (MOH). Lebih 1.1 juta orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 535,864 orang sudah menerima dos kedua dan selesai proses vaksinasi.

Mereka yang berusia 45 dan ke bawah sudah diundang untuk menempah jadual vaksinasi mereka. Sasarannya adalah untuk menyelesaikan program itu seperti yang dijadualkan menjelang hujung 2021.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan