Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekonomi S'pura diramal tumbuh 2.5% tahun ini; perdagangan tetap berdepan risiko

Para pakar ekonomi sektor privet sekali lagi menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura bagi tahun ini, sambil menyebut dasar perlindungan perdagangan dan kelembapan ekonomi di China sebagai antara keprihatinan utama.

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi S'pura diramal tumbuh 2.5% tahun ini; perdagangan tetap berdepan risiko

Kawasan Marina Bay di Singapura. (Gambar hiasan: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 13 Mar 2019 12:58PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 01:02PM

SINGAPURA: Para pakar ekonomi sektor privet sekali lagi menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura bagi tahun ini, sambil menyebut dasar perlindungan perdagangan dan kelembapan ekonomi di China sebagai antara keprihatinan utama.

Ekonomi negara dijangka tumbuh 2.5 peratus tahun ini, menurut perangkaan tinjauan suku terbaru Penguasa Kewangan Singapura hari ini (13 Mac). Ini berbanding pertumbuhan 2.6 peratus yang diramalkan dalam tinjauan sebelum ini dan pertumbuhan 2.7 peratus dalam tinjauan pada September.

Para pakar ekonomi juga meramalkan pertumbuhan yang lesu bagi hampir semua penanda makroekonomi utama.

Sektor pengilangan utama dijangka hanya tumbuh dua peratus pada 2019, berbanding pertumbuhan tiga peratus yang diramalkan dalam tinjauan pada Disember.

Ini sedang para pakar ekonomi menurunkan lebih separuh daripada unjurannya bagi pertumbuhan eksport domestik bukan minyak (NODX) dari 2.9 peratus kepada 1.1 peratus.

Para pakar juga kurang optimis terhadap ramalan kewangan dan insurans, perdagangan borong dan runcit, penginapan dan khidmat makanan serta penggunaan peribadi.

Sektor binaan adalah satu-satunya sektor yang menunjukkan prospek cerah bagi tahun ini. Selain mencatat pertumbuhan yang kian meningkat, para pakar ekonomi juga menaikkan ramalannya bagi sektor itu dari 1.5 peratus kepada 2.1 peratus.

Hasil tinjauan bagi suku ini juga menunjukkan 84 peratus daripada 23 responden menyuarakan dasar perlindungan perdagangan sebagai risiko utama. Jumlah itu bagaimanapun lebih rendah berbanding 100 peratus responden yang berpegang kepada pandangan tersebut sebelum ini, mencerminkan "perkembangan dalam hubungan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini," menurut MAS.

Pada masa yang sama, lebih ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa ketegangan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat akan terus mengendur, dengan 74 peratus daripada mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang positif. Ini berbanding hanya 47 peratus responden pada Disember.

Menurut hasil tinjauan MAS, ekonomi Singapura mungkin tumbuh lebih perlahan iaitu pada kadar 2.4 peratus bagi tahun 2020.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan