Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekonomi S'pura diramal tumbuh 0.7% pada 2019

Ekonomi Singapura diramal tumbuh 0.7 peratus tahun ini, menurut para pakar ekonomi sektor swasta yang ditinjau oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi S'pura diramal tumbuh 0.7% pada 2019

(Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 11 Dec 2019 02:33PM Dikemas Kini : 11 Dec 2019 02:37PM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura diramal tumbuh 0.7 peratus tahun ini, menurut para pakar ekonomi sektor swasta yang ditinjau oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Unjuran yang didedahkan pada Rabu (11 Dis) lebih tinggi berbanding ramalan awal iaitu 0.6 peratus berdasarkan tinjauan lalu.

Ramalan yang disemak semula itu didedahkan selepas ekonomi negara tumbuh 0.5 peratus pada suku ketiga, lebih tinggi daripada 0.3 peratus yang diramalkan oleh para responden dalam tinjauan sebelumnya.

Sektor pengilangan dijangka menguncup 1.4 peratus, dengan kemerosotannya lebih perlahan berbanding 2.4 peratus yang diramalkan sebelum ini.

Sektor runcit dan perdagangan borong juga diramal mengalami kemerosotan dari -2.8 peratus kepada -3 peratus.

Perangkaan itu jauh berbeza berbanding sektor kewangan dan insurans yang dijangka mencatat pertumbuhan 4.1 peratus, turun sedikit berbanding pertumbuhan 4.3 peratus yang diramalkan sebelum ini.

Para pakar ekonomi juga menjangkakan sektor binaan akan berkembang 2.8 peratus, berbanding unjuran 2.7 peratus dalam tinjauan lalu.

Mereka juga meramalkan pertumbuhan dalam sektor khidmat makanan dan penginapan yang akan menyaksikan pertumbuhan lebih seganda kepada 1.9 peratus berbanding tinjauan sebelumnya.

Tinjauan suku tahunan terbaru itu menunjukkan bahawa ketegangan perdagangan yang memuncak - khususnya antara China dengan Amerika Syarikat - mendahului senarai risiko yang mempengaruhi ramalan bagi 87.5 peratus daripada 22 responden tinjauan tersebut.

Risiko-risiko lain termasuk pertumbuhan ekonomi China yang diramalkan "lebih perlahan daripada yang diunjurkan", seperti ditukil oleh 43.8 peratus responden dalam tinjauan pada Disember jika dibandingkan dengan 50 peratus sebelum ini.

Bagi 2020 pula, para pakar ekonomi menjangkakan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) akan meningkat kepada 1.5 peratus.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan