Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekonomi M’sia tumbuh 4.5% pada suku pertama 2019

Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama 2019, dengan sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, menurut laporan Bernama.

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi M’sia tumbuh 4.5% pada suku pertama 2019

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 May 2019 03:16PM Dikemas Kini : 16 May 2019 03:18PM

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama 2019, dengan sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, menurut laporan Bernama.

Dalam kenyataan hari ini (16 Mei), Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan dari segi bekalan, sektor utama terus berkembang, kecuali sektor perlombongan disebabkan penurunan pada pengeluaran minyak dan gas asli menyusuli penutupan kemudahan pengeluaran yang tidak dirancang.

"Sektor pertanian pulih dengan mencatatkan peningkatan 5.6 peratus pada suku pertama 2019 berbanding penguncupan 0.1 peratus pada suku keempat 2018, ekoran pemulihan kukuh hasil minyak sawit yang membantu meningkatkan pertumbuhan,” menurut BNM.

Berdasarkan penyesuaian musiman, ekonomi meningkat 1.1 peratus.

Bernama melaporkan BNM sebagai menyatakan ekonomi Malaysia dijangka terus berada pada kedudukan pertumbuhan yang mantap, dengan permintaan sektor swasta diunjur terus menjadi teras pertumbuhan disebabkan perbelanjaan sektor awam yang rendah.

"Sektor luar dijangka berkembang sedikit, seiring dengan permintaan global yang sederhana," menurut BNM.

Secara menyeluruh, BNM menyatakan berdasarkan unjuran asas, ekonomi Malaysia akan berkembang antara 4.3 dengan 4.8 peratus tahun ini.

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan