Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekonomi M'sia jatuh 5.6% pada 2020; paling buruk sejak 1998

Ekonomi Malaysia menguncup 5.6 peratus pada tahun lalu, berbanding pertumbuhan 4.3 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi M'sia jatuh 5.6% pada 2020; paling buruk sejak 1998

Suasana di Kuala Lumpur selepas berlakunya COVID-19. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 11 Feb 2021 01:26PM Dikemas Kini : 11 Feb 2021 01:28PM

MALAYSIA: Ekonomi Malaysia menguncup 5.6 peratus pada tahun lalu, berbanding pertumbuhan 4.3 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi itu juga adalah penurunan terbesar pernah dicatatkan sejak 1998 iaitu sebanyak 7.4 peratus.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan prestasi ekonomi Malaysia untuk suku keempat 2020 secara maya hari ini (11 Feb).

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, penyusutan pendapatan kasar dalam negeri atau KDNK suku keempat 2020 dipengaruhi oleh penguncupan dalam semua sektor ekonomi kecuali sektor yang mencatatkan pertumbuhan positif.

Beliau berkata, sektor perkhidmatan yang juga adalah penyumbang utama kepada aktiviti ekonomi, merosot 4.9 peratus pada suku keempat 2020.

Mohd Uzir berkata, antara subsektor paling teruk terjejas adalah makanan & minuman (F&B) dan penginapan serta pengangkutan dan penyimpanan yang merosot sebanyak 5.9 peratus. 

Sumber : Bernama/AW/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan