Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekonomi M'sia diramal berkembang sehingga 7.5% tahun depan, menurut kerajaan PM Muhyiddin

Namun, krisis itu dapat dielakkan selepas Yang di-Pertuan Agong menggesa AP kedua-dua pihak supaya tidak berpolitik dan menyokong Rang Undang-Undang itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi M'sia diramal berkembang sehingga 7.5% tahun depan, menurut kerajaan PM Muhyiddin
Diterbitkan : 06 Nov 2020 05:23PM Dikemas Kini : 06 Nov 2020 05:25PM

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka bangkit semula dan berkembang antara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada tahun depan, menurut kerajaan negara itu hari ini (6 Nov) sedang ia membentangkang belanjawan pengembangan bertujuan memulihkan ekonomi negara selepas COVID-19.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memperuntukkan RM322.54 bilion (S$105.16 bilion) atau 20.6 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) bagi perbelanjaan tahun 2021, menurut laporan ramalan fiskal yang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia sempena pembentangan belanjawan itu.

Daripada jumlah keseluruhan itu, RM236.5 bilion (S$77.11 bilion) adalah bagi perbelanjaan operasi dan RM69 bilion (S$22.5 bilion) bagi perbelanjaan pembangunan sementara RM17 bilion (S$5.54 bilion) bagi Dana COVID-19.

Jumlah itu adalah sekitar 2.5 peratus lebih tinggi berbanding RM314.7 bilion (S$102.6 bilion) tahun ini yang disemak daripada anggaran awal sebanyak RM297 bilion (S$96.8 bilion).

Kerajaan Malaysia juga menjangkakan akan mengalami defisit sebanyak 5.4 peratus daripada GDP iaitu lebih rendah daripada 6 peratus tahun ini, menurut satu lagi laporan ramalan ekonomi.

Belanjawan itu adalah yang pertama dibentangkan pentadbiran PM Muhyiddin yang memegang majoriti tipis di Dewan Rakyat.

Awal lagi terdapat keprihatinan jika Ahli Parlimen (AP) akan tidak meluluskan Belanjawan itu dan menjadikannya sebagai alasan bagi undi tidak yakin terhadap PM Muhyiddin.

Namun, krisis itu dapat dielakkan selepas Yang di-Pertuan Agong menggesa AP kedua-dua pihak supaya tidak berpolitik dan menyokong Rang Undang-Undang itu. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan