Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ekonomi digital S'pura kuncup 24% berbanding tahun lalu

Ekonomi digital Singapura menguncup 24 peratus kepada S$12 bilion berbanding tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi digital S'pura kuncup 24% berbanding tahun lalu

படம்: Latar langit kawasan CBD Singapura (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 10 Nov 2020 09:20PM Dikemas Kini : 10 Nov 2020 09:22PM

SINGAPURA: Ekonomi digital Singapura menguncup 24 peratus kepada S$12 bilion berbanding tahun lalu.

Sebahagian besar kemerosotan itu disebabkan kejatuhan sebanyak 70 peratus dalam tempahan online perjalanan ke luar negara.

Namun, ekonomi digital dijangka mencecah hampir S$30 bilion menjelang 2025.

Ini selaras dengan pertumbuhan di rantau Asia Tenggara yang diramalkan mencecah S$400 bilion pada lima tahun akan datang.

Perangkaan itu adalah sebahagian daripada laporan tahunan ekonomi internet serantau Google, Temasek dan Bain.

Para pengguna baru kepada perkhidmatan digital iaitu sebanyak 30 peratus, membantu membangunkan ekonomi digital.

90 peratus mengatakan mereka akan terus menggunakan perkhidmatan digital.

Rakyat Singapura juga didapati meluangkan lebih banyak masa lapang di internet dengan purata empat jam setengah sehari, semasa tempoh pemutus rantaian COVID-19.

Meskipun ada penguncupan dalam ekonomi digital Singapura, masih ada sektor yang tetap cerah seperti teknologi kesihatan dan pendidikan.

Selain itu, sektor e-dagang paling kukuh dan dijangka berkembang 16 peratus pada 2025.

Tempahan online untuk bilik hotel dan penerbangan dijangka naik 30 peratus dalam masa lima tahun akan datang.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan