Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dyson rancang gajikan lagi 250 jurutera, saintis di Singapura dalam 5 tahun

Firma teknologi dari Britain Dyson akan mengambil lagi 250 jurutera dan saintis untuk bekerja di Singapura dalam tempoh lima tahun mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2021 08:37AM Dikemas Kini : 14 Apr 2021 09:46PM

SINGAPURA: Firma teknologi dari Britain Dyson akan mengambil lagi 250 jurutera dan saintis untuk bekerja di Singapura dalam tempoh lima tahun mendatang.

Ini sedang ia meneroka lebih mendalam bidang-bidang seperti robotik, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.

Semasa mengumumkan demikian para Rabu (14 Apr), Dyson juga menyatakan "tidak lama lagi" ia akan berpindah ke ibu pejabat global yang baru di bangunan bersejarah St James Power Station.

"Di sini di Singapura, kami sedang meluaskan produk dalam bidang-bidang khusus seperti robot, pembelajaran mesin, kecerdasan buatan dan ketersambungan. Dan kami mahu mengambil para pakar dalam bidang tersebut, yang meliputi semua produk," menurut Ketua Pegawai Eksekutif Dyson, Roland Krueger.

Syarikat itu juga akan menubuhkan sebuah pusat keselamatan siber yang baru di sini.

Sebelum ini, Dyson menyatakan ia akan melaburkan hampir S$5 bilion ke dalam teknologi baru untuk menggandakan portfolio produknya dan menembusi bidang-bidang baru "mengjangkaui rumah" menjelang 2025.

Pelaburan baru itu, yang diumumkan pada November tahun lalu, akan ditumpukan kepada Singapura, United Kingdom dan Filipina.

MENCARI BAKAT TEKNOLOGI

Dyson, yang diasaskan oleh jutawan James Dyson dan sangat dikenali kerana alat hampagasnya, sekarang ini menggajikan sekitar 1,400 orang di Singapura. Hampir separuh adalah para jurutera dan saintis.

Pengambilan lagi 250 orang akan menggandakan pasukan sofwe dan kejuruteraan elektroniknya, menurut syarikat itu. Proses merekrut sudahpun dimulakan, berdasarkan kerja-kerja kosong yang tersedia di laman webnya.

Singapura "mempunyai kumpulan bakat yang sangat baik" bagi kepakaran yang ingin diteroka lebih dalam oleh Dyson, kata Encik Krueger dalam satu wawancara dengan Mediacorp.

Namun sedang lebih banyak syarikat merancang untuk meluaskan perniagaan dalam bidang-bidang tersebut, Singapura, seperti kebanyakan pasaran lain di dunia, sedang berdepan isu kekurangan bakat teknologi.

Ditanya jika Dyson mendapatinya sukar untuk mencari pekerja memandangkan persaingan yang ada bagi bakat yang sama, Encik Krueger berkata: "Kami tidak mempunyai pengalaman seperti yang anda baru sebutkan. Sebenarnya kami menjumpai bakat-bakat yang amat baik di sini, lebih-lebih lagi dari universiti.

"Kami perlu mengiktiraf bahawa 26 peratus pelajar di Singapura memilih bidang kejuruteraan atau mata pelajaran berkaitan kejuruteraan, dan ini bagus."

Jenama peralatan itu bekerjasama dengan semua universiti tempatan. Contohnya, ia melancarkan studio kejuruteraan di Uniersiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 2018 dan baru-baru ini, ia mengumumkan satu program kajian universiti yang baru di sini untuk merancakkan pembangunan produk.

Di samping peluang-peluang latihan amali, semua usaha ini "jelas bertujuan untuk mempersiap generasi jurutera seterusnya untuk Dyson", kata Encik Krueger.

Tentang sama ada syarikat itu juga memanfaatkan inisiatif-inisiatif seperti skim Tech Pass yang baru untuk merekrut bakat dari luar negara, Encik Krueger berkata meskipun Dyson mencari bakat terbaik di peringkat global, usahanya di Singapura "tentu sekali untuk mencari bakat rakyat Singapura".

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan