Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dyson akan pindahkan ibu pejabat global ke St James Power Station di S'pura

Syarikat teknologi Dyson menyatakan, ia akan memindahkan ibu pejabat sejagatnya ke St James Power Station di Singapura, yang menjadi monumen bersejarah negara, di kawasan pesisiran selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Dyson akan pindahkan ibu pejabat global ke St James Power Station di S'pura

Syarikat teknologi Dyson menyatakan, ia akan memindahkan ibu pejabat sejagatnya ke St James Power Station.

Diterbitkan : 29 Nov 2019 09:39AM Dikemas Kini : 29 Nov 2019 09:42AM

SINGAPURA: Syarikat teknologi Dyson menyatakan, ia akan memindahkan ibu pejabat sejagatnya ke St James Power Station di Singapura, yang menjadi monumen bersejarah negara, di kawasan pesisiran selatan.

Ketua Eksekutif syarikat itu, Jim Rowan, memberitahu MediaCorp ibu pejabat baru itu akan menjadi pusat kajian dan pengembangan Dyson, yang akan menumpukan perhatian terhadap kejayaan cemerlang dalam teknologi.

Dyson mengumumkan awal tahun ini, syarikat itu akan memindahkan ibu pejabat korporatnya ke Singapura yang sekali gus mencerminkan kepentingan rantau Asia dalam perkembangan perniagaan syarikat itu selanjutnya.

Dyson dikenali dengan barangan-barangan seperti kipas tanpa bilah, penyedut habuk dan pengering rambut.

Syarikat itu sekarang ini mempunyai sehingga 12,000 pekerja di Asia dan United Kingdom.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan