Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dyson akan batal projek kereta, 20 pekerja di S'pura 'terjejas'

Syarikat teknologi dari Britain Dyson, yang terkenal dengan alat-alat pengering rambut dan vakum, menyatakan pada Khamis (10 Okt) bahawa syarikatnya akan menutup divisyen automotifnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Dyson akan batal projek kereta, 20 pekerja di S'pura 'terjejas'

Dyson akan batalkan projek kereta. (Gambar: Dyson)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 12:08PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 12:13PM

SINGAPURA: Syarikat teknologi dari Britain Dyson, yang terkenal dengan alat-alat pengering rambut dan vakum, menyatakan pada Khamis (10 Okt) bahawa syarikatnya akan menutup divisyen automotifnya.

Syarikat itu diterajui usahawan dengan nilai kekayaan berbilion dolar, James Dyson, berkata bahawa kumpulannya sudah mencipta kereta elektrik "hebat", tetapi ia tidak berdaya komersil.

"Meskipun kami sudah berusaha sepanjang proses pembangunan, kami tidak lagi melihat cara untuk menjadikannya berdaya komersil," menurut Encik Dyson dalam satu kiriman emel kepada para kakitangannya.

"Kami sudah melalui proses serius untuk mencari pembeli bagi projek tersebut, yang malangnya, sejauh ini belum lagi berhasil," katanya.

Kumpulan automotif global Dyson mempunyai 523 orang.

Syarikat itu sedang berusaha untuk "segera mencari peranan alternatif dalam Dyson bagi seramai pekerjanya yang mungkin," katanya, sambil menambah bahawa syarikat itu mempunyai jawatan kosong yang cukup untuk memindahkan "kebanyakan pekerjanya kepada perniagaan perkakasan rumah kami".

Kereta itu dijangka dilancarkan pada 2021, dan pengumuman pada Khamis dibuat hanya beberapa bulan setelah Encik Dyson mendedahkan butiran membayangkan kenderaan elektrik syarikatnya akan akan lebih cekap tenaga berbanding pesaingnya.

Tahun lalu, firma itu mendedahkan rancangannya untuk membangunkan loji kereta elektrik di Singapura.

Penutupan jabatan automotif itu akan menjejas sekitar 20 orang di Singapura, menurut syarikat itu dalam satu jawapan kepada pertanyaan Mediacorp.

"Sekitar 20 orang di Singapura terjejas. Kami berharap akan dapat mencari jawatan bagi seramai orang yang mungkin," menurut syarikat itu dalam satu emel.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan